Syarikat induk Tik Tok buka pusat data di India

NEW DELHI, 22 JULAI – Syarikat induk aplikasi video popular Tik Tok di China akan membuka pusat data di India, ketika kebimbangan privasi mendesak pengawal atur India untuk mendapatkan data penyimpanan maklumat domestik lebih besar.

Aplikasi itu mempunyai lebih 120 juta pengguna di India, majoritinya remaja yang menggunakannya untuk menyiarkan video aneh berdurasi 15 saat, namun mengundang kritikan kerana menyimpan data di Singapura dan Amerika Syarikat.

Syarikat induknya, ByteDance yang juga memiliki platform media sosial Helo, mengatakan dalam satu kenyataan e-mel kepada AFP hari ini bahawa ia dalam ‘proses memeriksa opsyen bagi perkhidmatan selamat, terjamin dan boleh dipercayai bagi pengguna India dalam sempadan India.’

Kenyataan itu dibuat ketika New Delhi – ibu negara pasaran Internet paling pesat membangun dunia—menuduh firma-firma asing ‘menjajah data’ dan menggesa mereka untuk menyimpan data di India berbanding suatu tempat di luar negara. – AFP