Syarikat internet Rusia tawar ujian percuma koronavirus

MOSCOW, 22 APRIL – Syarikat gergasi internet Rusia, Yandex telah melancarkan perkhidmatan percuma ujian koronavirus bagi rantau Moscow ketika Rusia merangsang salah satu kadar pengujian paling tinggi di dunia.

Yandex, yang mencipta enjin pencarian paling popular di negara itu serta teksi dan aplikasi beli-belah, telah menubuhkan perkhidmatan itu sebahagian daripada perikatan antara syarikat-syarikat internet dan tabung kekayaan kedaulatan Rusia.

Pada awalnya ia menawarkan ujian di rumah kepada mereka yang berusia 65 tahun ke atas namun minggu ini perkhidmatan itu membolehkan sesiapa pun memohon dalam talian.

Paramedik akan datang ke flat pemohon dalam pakaian pelindung dan mengambil calitan tekak.

Laman itu menekankan ujian itu penting untuk mengenal pasti mereka yang telah diuji virus tanpa menunjukkan simptom, serta mereka yang telah menggunakan pengangkutan awam. – AFP