Syarikat Jepun bayar pampasan tumpahan minyak

TOKYO, 11 SEPT – Pengendali kapal Jepun yang menumpahkan minyak di pesisir pantai Mauritius hari ini berjanji untuk membayar sekurang-kurangnya AS$9.4 juta untuk membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh tumpahan minyak.

Mistui OSK Lines berkata dalam kenyataan bahawa mereka merancang ‘untuk menyumbangkan sejumlah dana kira-kira satu bilion yen dalam tempoh beberapa tahun bagi membantu langkah-langkah’ untuk memulihkan persekitaran laut.

Langkah-langkah tersebut termasuk menjalankan projek perlindungan bakau dan terumbu karang dan bekerjasama dengan pakar serta NGO tempatan, dan membuat dana
pemulihan alam sekitar, katanya.

Pengendali syarikat MV Wakashio, yang beroperasi pada 25 Julai di pesisir pantai Mauritius, membawa 4,000 tan minyak yang mula karam di perairan pulau negara berkenaan yang penuh dengan terumbu karang.

Selepas kapal tersebut terbelah dua, sebahagian besar telah ditenggelami air dan karam, tetapi sebahagian kecil kekal terdampar di terumbu.

Lebih dari 1,000 tan minyak dipercayai bocor dari kapal, dengan selebihnya disedut sebelum tertumpah keluar.

Tumpahan minyak telah memberikan kesan kepada kawasan bakau yang sukar untuk dibersihkan.

Kedua-dua pengendali dan pemilik kapal, Nagashiki Shipping telah membuat permohonan maaf atas tumpahan tersebut. Nagashiki bulan lalu berikrar untuk bertanggungjawab untuk membayar pampasan. – AFP