Monday, March 4, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Syarikat kena kompaun $1,000

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Gara-gara membuang sampah di tempat awam, sebuah syarikat di Kampung Tanjung Maya telah dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000 oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Syarikat SDT Mini Mart telah didapati melanggar Akta Kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda dalam tempoh itu, syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

    Manakala itu, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.   

    Longgokan sampah di tempat awam telah dikesan oleh penguat kuasa Jabatan Daerah Tutong. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Filipina gesa jiran berdiri bersama lebih teguh di Laut China Selatan

    MELBOURNE, 4 MAC - Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Enrique Manalo menggesa jiran serantau hari ini supaya berdiri bersama lebih teguh dalam menegakkan kedaulatan...