Syarikat kena kompaun $200

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Sebuah syarikat telah dikeluarkan kompaun sebanyak $200 oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait kerana melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1) (b) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil iaitu men-yimpan atau meninggalkan

benda atau barang di sebarang tempat di mana ianya butir-butir benda atau barang yang telah beralih atau mungkin beralih ke sebarang tempat awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait, di sini, jika kompaun tidak dijelaskan dalam masa tujuh hari dari tarikh dikeluarkan kompaun, pesalah boleh dibawa ke mahkamah dan didenda $1,000 untuk kesalahan kali pertama dan denda $3,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan bagi kesalahan seterusnya.

Pemantauan dan rondaan akan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang telah diperuntukkan kepada Jabatan Daerah Belait dilakukan dan akan sentiasa mengawasi pembuangan sampah di kawasan premis perniagaan dan tempat-tempat awam.

Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait menyarankan kepada orang ramai dan pemilik premis-premis perniagaan supaya menjaga kebersihan kawasan sekeli-ling dan sentiasa membuang sampah di kawasan yang telah disediakan dan ditetapkan supaya tidak mencemar alam sekitar.

Mereka yang mempunyai sebarang aduan, boleh menghubungi talian 3334335 sambungan Bahagian Penguatkuasaan.

Kelihatan sampah-sarap yang dilonggokkan di salah satu kawasan di Daerah Belait. – Gambar serahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait