Syarikat pembuat dron bersaing cipta peralatan lebih canggih

CALIFORNIA – Pemain skateboard, peluncur ombak dan penunggang gunung dahulunya menjadi pelanggan sasaran untuk syarikat yang baru ditubuhkan, Skydio, yang membuat dron berkualiti boleh mengesan dan menangkap pergerakan manusia melalui video yang diambil sendiri.

Kini, pegawai polis, anggota bomba dan tentera berminat dengan peralatan yang boleh terbang dengan sendirinya.

Ini disebabkan oleh kerisauan pegawai keselamatan Amerika Syarikat mengenai pembuat dron yang dominan di kalangan pelanggan seluruh di dunia, DJI, yang berpangkalan di China, telah meningkatkan pasaran kecil dan membuka pintu kepada syarikat yang kurang dikenali yang mengajukan permohonan untuk agensi kerajaan dan syarikat perniagaan besar.

Syarikat seperti Skydio turut mencari revolusi teknologi yang mampu mengurangkan keperluan juruterbang manusia untuk mengekori setiap pergerakan mereka. Sebaliknya, kecerdasan buatan (AI) yang lebih canggih mula dipasang pada dron agar boleh mengekori manusia dan sasaran yang lain dengan sendirinya. Pakar robot berkata teknologi terkini AI yang dimiliki oleh Skydio membuatkan mereka tertarik kepada dron sebagai alat pengintipan, yang sama seperti dron buatan Amerika Syarikat.

“Ada banyak retorik anti-China,” kata Vijay Kumar, seorang pengusaha dron dan dekan kejuruteraan di Universiti Pennsylvania.

Syarikat tersebut turut mengharungi cabaran selepas Amerika Syarikat meningkatkan sekatan terhadap barangan China dan Skydio turut diperhatikan dengan rapat kerana berpotensi menjadi ancaman kepada keselamatan negara. – AP

Syarikat Skydio menunjukkan penggunaan kamera terbang yang sangat canggih di mana ia boleh mengekori manusia dan menangkap pergerakan mereka. – AP
Kini pegawai polis dan tentera turut menggunakan dron untuk melakukan tugasan harian seperti mencari mereka yang tersesat di hutan dan sebagainya. – AP

Beberapa tahun sebelum presiden Donald Trump mengatakan mengenai kebimbangan intipan dalam usaha untuk melarang aplikasi terkenal dari China, TokTok dan WeChat, dan meningkatkan sekatan terhadap syarikat telekomunikasi gergasi China Huawei, syarikat yang berpangkalan di Shenzen, DJI sudah dalam pemerhatian secara rapat kerana berpotensi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Satu dokumen dari pihak berkuasa kastam AS mendakwa pada 2017 bahawa dron DJI besar kemungkinan memiliki akses kepada China untuk infrastruktur kritikal dan data penguat kuasa. DJI menafikan dakwaan tersebut. Ketika kerisauan politik semakin bertambah, pesaing mereka semakin mengambil peluang untuk meningkatkan sentimen anti-DJI.

Jabatan Pertahanan pada Ogos membenarkan Skydio, Parrot dan tiga buah firma yang lain untuk membekalkan dron yang dikilangkan di AS kepada agensi-agensi di seluruh kerajaan persekutuan.

“Kami memerlukan alternatif lain bagi dron kecil buatan China,” kata Mike Brown, pengarah Unit Inovasi Pertahanan, dalam kenyataan.

DJI menyebut tindakan AS terhadap mereka sebagai ‘sebahagian daripada agenda yang bermotifkan politik’ untuk mengurangkan persaingan pasaran dan menyokong teknologi buatan AS ‘tanpa mengira kelebihannya’.

“Sebaik sahaja anda memiliki satu alat itu, tidak jelas apa yang anda akan lakukan sebagai seorang pengguna,” kata penganalisis industri teknologi, William Stofega dari IDC.

Stofega berkata salah satu sebab mengapa syarikat dron mereka produk itu adalah untuk tugasan pihak kerajaan atau komersial seperti memeriksa saluran paip, memantau tanaman atau pemantauan pihak polis.

Skydio tahun lalu menugaskan seorang kapten polis yang sudah bersara dari Selatan California untuk menggunakan dronnya bagi menguatkuasakan undang-undang.

DJI telah berusaha untuk mempertahankan kebimbangan keselamatan, yang terbaharu dengan pengumuman bahawa mereka mampu ‘menukar menjadi suis membunuh’ ke atas lebih banyak dron agar pengguna komersial dan kerajaan boleh menghentikan pemindahan data pada misi penerbangan yang sensitif.

Produk mereka, yang dihadkan kepada sebahagian dari agensi persekutuan, masih diminati oleh kebanyakan orang dan sebahagian kerajaan di AS.

“Jika musuh AS mahu kami memeriksa seseorang dari kawasan pergunungan, kami mampu melakukan,” kata Kyle Nordfors, koordinator pasukan dron untuk kebanyakan kru sukarela mencari dan menyelamat di Weber County, Utah. “Mereka boleh menyaksikan bagaimana kami melakukannya”.

Nordfors berkata dia kadangkala menggunakan dron Skydio untuk memeriksa laluan sungai atau menggunakan untuk tugasan harian yang memerlukan penggunaan dron untuk terbang tanpa terkena dahan.

Tetapi Nordfors sering kali menggunakan dron DJI – seperti membantu pasukannya menjejak pemuda yang sesat di air terjun Canyon pada musim panas. “Dia sangat teruja,” kata Nordfors mengenai pemuda berusia 19 tahun. “Dia melompat-melompat kegembiraan.”

Di Jabatan Polis Clovis di Lembah Tengah California, pegawai turut menggunakan dron untuk membolehkan mereka menggunakan sebagai ‘tindakan pertama’ di kawasan jenayah – sekurang-kurangnya sebelum jerebu kebakaran hutan berdekatan menyebabkan mereka digantungkan sementara.

Jabatan tersebut tidak mempunyai helikopter, tetapi pegawai dapat melihat tempat kejadian dengan mengemudi dron dari bahagian atas, kata polis Clovis, Lt. James Munro.

Dia berkata selalunya jabatan menggunakan puluhan dron DJI ke-rana ketahanan alat itu dan penglihatan malam infra merahnya. – AP