Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Syarikat penerbangan Amerika uji imbasan muka

    FORT WORTH, TEXAS, 23 JUN — American Airlines mengumumkan kelmarin bahawa pelanggan dengan PreCheck boleh melalui pusat pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth dengan imbasan muka dan aplikasi telefon serta tidak lagi perlu menunjukkan lesen memandu atau pasport mereka.

    Syarikat penerbangan itu berkata bahawa ia berhasrat untuk mengembangkan ujian itu, yang bermula kelmarin, ke lapangan terbang di Miami, Phoenix, Washington DC, dan di tempat lain pada akhir tahun ini.

    Penduduk Amerika menggambarkan perkhidmatan tersebut sebagai faktor kemudahan yang akan membantu penumpang melalui pusat pemeriksaan keselamatan dengan lebih cepat.

    Pakar privasi sebelum ini telah menyatakan kebimbangan tentang maklumat peribadi yang orang ramai secara sukarela perlihatkan untuk faedah kemudahan, dan cara maklumat itu digunakan serta disimpan.

    Di Lapangan Terbang DFW, penumpang memerlukan PreCheck, perkhidmatan saringan dipercepat berbayar oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan dan aplikasi mudah alih American Airlines untuk menggunakan teknologi pengecaman muka.

    Manakala Delta Air Lines dan JetBlue Airways telah menggunakan teknologi biometrik untuk menaiki pesawat di lapangan terbang lain. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...