Syarikat pengeluar kereta akan mula beroperasi

DETROIT, 27 MAC – Syarikat Ford, Fiat Chrysler, Honda dan Toyota semalam telah mengambil langkah untuk membuka semula kilang-kilang di Utara Amerika yang telah ditutup untuk melindungi pekerja daripada koronavirus.

Kilang-kilang akan dibuka semula pada awal bulan atau pertengahan April, mengembalikan sumber terbesar kewangan untuk pembuat kereta yang biasanya memperoleh pendapatan apabila mereka menghantar kenderaan kepada penjual.

Syarikat kereta, sama seperti peniagaan lain, berusaha untuk mengatasi krisis koronavirus, yang mana telah memaksa penutupan kilang-kilang di tengah-tengah kerisauan pekerja bahawa mereka mungkin dijangkiti virus semasa bekerja rapat dengan orang lain semasa bekerja.

Ford berkata ia mahu membuka semula lima kilang di Utara Amerika, bermula dengan satu kilang di Mexico pada 6 April dan meneruskan dengan empat buah kilang di AS pada 14 April. Langkah segera ini menimbulkan keraguan oleh kesatuan Pekerja Kereta Bersekutu, yang mewakili 56,000 pekerja kilang Ford. – AP