Syarikat permainan diarah buang imej gender bersifat ‘keperempuanan’

BEIJING, 9 SEPT – Pihak berkuasa China telah mengarahkan syarikat gergasi permainan dalam talian, Tencent dan NetEase untuk mengetepikan keuntungan semata-mata dengan memotong kandungan yang boleh menimbulkan sifat ‘keperempuanan’, ketika Beijing cuba menyasarkan budaya belia, ideal gender dan mencapai teknologi besar.

Pihak berkuasa semalam memanggil syarikat permainan termasuk, Tencent dan NetEase, untuk membincangkan kawalan industri teknologi dan had masa bermain tiga jam seminggu.

Antara sasaran baharu adalah idola semasa yang terdiri daripada lelaki juga dikatakan menggusarkan generasi tua Parti Komunis.

Oleh itu, beberapa hari lalu, pihak pentadbir mengarahkan syarikat penyiaran untuk mengekang kehadiran lelaki abnormal seperti ‘lelaki lembut’ dengan meminta penampilan yang lebih maskulin. – AFP