Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat AS rugi AS$694 juta gara-gara gerhana matahari

    WASHINGTON, 22 Ogos – Tatkala pekerja menghentikan tugas dan keluar untuk melihat gerhana mata hari yang berlaku sekali dalam satu abad semalam, produktiviti yang hilang mungkin menyebabkan syarikat AS kerugian sekurang-kurangnya 694 juta dolar AS.

    Pekerja mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk melihat gerhana mata hari pada hari bekerja, ramal Andy Challenger, naib presiden Challenger, Gray & Christmas, firma penempatan di luar Amerika Syarikat.

    Peristiwa astronomi yang luar biasa itu, dikenali sebagai Great American Eclipse, boleh dilihat di seluruh negara dan gerhana mata hari keseluruhan boleh dilihat di 14 negeri.

    “Tidak ramai orang yang tidak akan berjalan ke luar apabila keajaiban cakerawala berlaku di atas kepala mereka dan melihatnya,” kata Challenger, menganggarkan 87 juta pekerja akan bekerja ketika berlakunya gerhana.

    Untuk mendapatkan kos pekerja, Challenger mengandaikan jumlah pekerja dengan masa melihat dan purata gaji sejam yang dianggarkan oleh Biro Statistik Pekerja.

    “Berbanding jumlah gaji yang dibayar kepada seorang pekerja dalam tempoh setahun, ia amat kecil,” kata Challenger. “Ia tidak akan muncul dalam mana-mana data makroekonomi.”

    Menurut data yang dikumpul oleh Reuters dan Axios, kos 700 juta dolar adalah kecil berbanding acara besar lain seperti Cyber semalam dan Super Bowl. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda