Syarikat swasta hulur sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Pelbagai sumbangan terus dihulurkan oleh pelbagai pihak di negara ini dalam sama-sama membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, khususnya Kementerian Kesihatan menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Semalam, beberapa lagi syarikat swasta telah menyampaikan sumbangan termasuk keperluan tandas, tilam, bantal, makanan dan banyak lagi, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat masing-masing.

Antara yang menghulurkan sumbangan adalah Qudoz Event Management, Datastream Digital (DST) Sdn Bhd, Southern Cross Travel Agency, Hasmit Shield Roofing Manufacture Sdn Bhd, De’ Image Beauty Saloon, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd dan Townview Sdn Bhd.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan bolehlah berhubung terus dengan MOH Emergency Operation Centre (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

Wakil Southern Cross menyampaikan sumbangan biskut baru-baru ini.
Sumbangan berupa tilam diterima daripada Hasmit Shield Roofing Manufacture Sdn Bhd untuk membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.