Syarikat teknologi ikrar tambah pengurus wanita

PARIS, 15 Mei – Sebanyak 45 syarikat gergasi teknologi komited hari ini untuk menggandakan bilangan wanita dalam lembaga pengurusan mereka kepada 30 peratus menjelang 2022, kata pejabat presiden Perancis.

Alibaba, BNP Paribas, Booking.com, IBM, L’Oreal dan Uber antara beberapa syarikat berprofil tinggi yang akan menandatangani jaminan pada sidang kemuncak kedua ‘Tech for good’ yang berlangsung di Paris.

Perniagaan-perniagaan yang mencapai matlamat itu kemudian akan memburu kesamaan sepenuhnya termasuk jawatankuasa eksekutif, kata istana Elysee dalam satu kenyataan.

Kajian sektor teknologi baru-baru ini daripada firma konsultan McKinsey & Company menunjukkan hanya 15 peratus wanita menduduki jawatan pengurusan pada masa ini, tambahnya. – AFP