Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Syarikat tekstil serah zakat perniagaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Syarikat Al-Bukhari Textile Centre Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah $20,000 kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pada majlis yang diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baharu, KHEU, hari ini.

              Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menerima zakat berkenaan yang diserahkan oleh Pengarah Syarikat Al-Bukhari Textile Centre Sdn Bhd, Waheed Alam.

     

    Pengarah Syarikat Al-Bukhari menyerahkan wang zakat perniagaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. – Gambar Yusrin Junaidi

         Menurut kenyataan KHEU, jumlah zakat yang dikutip pada 2022 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 15.96 peratus berbanding 2021, yang mana pada 2022, MUIB telah mengutip sejumlah $21,910,607.48 berbanding $18,894,594.76 pada 2021.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...