Syarikat vaksin mohon negara lain ‘bersabar’

NEW DELHI, 22 FEB – Pembuat vaksin terbesar di dunia, Serum Institute India, telah menggesa negara lain untuk ‘bersabar’ tentang pembekalan vaksinnya, mengatakan ia telah diarahkan untuk mengutamakan pasaran tempatannya.

“Negara-negara dan kerajaan, ketika anda menantikan bekalan #COVISHIELD, saya dengan rendah hati meminta anda untuk tolong bersabar,” kata ketua Serum, Adar Poonawalla kelmarin dalam Twitter.

“@SerumInstIndia telah diarahkan untuk mengutamakan keperluan besar India dan sekali gus dapat menyeimbangkan keperluan di seluruh dunia. Kami akan cuba yang terbaik.” – AFP