Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Syatilla alami gangguan kebimbangan

    Setiap kali diuji dalam hidup, pasti ada hikmah membahagiakan dipulangkan semula kepada hambaNya.

    Itulah yang berlaku kepada pelakon Syatilla Melvin, 31, yang pernah berdepan tiga kali keguguran dan tiga kali juga diberi kesempatan hamil.

    Syatilla atau sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin kini sedang hamil anak ketiga dalam usia kandungan lima bulan. Katanya, pengalaman keguguran lalu menjadikannya lebih berhati-hati dan tidak putus berdoa yang baik-baik kepada Allah.

    “Situasi keguguran sentiasa bermain dalam fikiran.

    Malah, saya percaya bukan saya sahaja, malah ibu lain yang pernah keguguran merasai situasi sama.

    Syatilla Melvin pernah berdepan tiga kali keguguran dan tiga kali juga diberi kesempatan hamil. – Agensi

    “Jadi, saya sentiasa berdoa semoga anak dalam kandungan dalam keadaan baik sehingga proses bersalin.

    Saya ada berkongsi rasa kebimbangan dengan suami, tetapi ia berbalik kepada akal fikiran.

    “Bagi saya, apa-apa terjadi pada saya, tidak mengapa. Janji anak dalam kandungan sihat dan dilahirkan sempurna.

    Sekarang saya sudah mula merasakan gerakan anak damit dalam kandungan,” katanya kepada media.

    Ibu kepada Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy itu berkata, dia memang berhasrat mahu kembali aktif berlakon, namun, kini hamil anak ketiga.

    Malah, katanya, keadaannya sekarang yang sedang mengalami alahan membuatkan niatnya terbantut.

    “Sebelum ini, saya sudah terdetik mahu kembali berlakon. Saya juga ada menerima tawaran drama untuk siaran Astro.

    “Namun, saya hamil pula anak ketiga. Jadi, hasrat berlakon semula terpaksa diketepikan dahulu,” katanya.

    Pelakon drama Sha & Shah dan Selafaz Cinta itu berkata, dia mengalami alahan yang teruk pada fasa kehamilan ketiga itu.

    “Saya memang tak boleh buat apa-apa dan masa banyak duduk di rumah sahaja.

    Sebelum ini, saya terpaksa daftar masuk ke hotel sebab tidak boleh berbau rumah dan sebagainya.

    “Pada satu tahap rasa macam ‘serabut’ dan ada gangguan kebimbangan. Saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan.

    Hanya mereka yang pernah alami sahaja faham situasi saya.

    “Selepas masuk trimester kedua, alahan makin berkurangan.

    Saya dan suami tidak kisah soal jantina anak, cukuplah anak sihat dan sempurna.

    “Kami pun sudah ada sepasang, jadi, Allah nak bagi lagi zuriat kami terima,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...