Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Syawal Iqbal lancar single pertama

    Oleh Norizan Murshid

    Syarikat rakaman Xanadu Records, yang baru beroperasi di Kuala Lumpur memperkenalkan seorang penyanyi baru bernama Syawal Iqbal dengan single pertama bertajuk Insaf.

    Syawal Iqbal yang baru berusia 22 tahun adalah anak jati kelahiran Kota Bahru, Kelantan.

    Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, Kolej Matrikulasi Kelantan (jurusan sains) dan di Universiti Kuala Lumpur dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

    Syawal Iqbal mengakui dia mewarisi bakat menyanyi daripada bapanya yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini menguruskan sebuah taman peranginan golf di Kelantan.

    Syawal masih ingat bagaimana bapanya tidak melepaskan peluang menunjukkan bakatnya di majlis-majlis yang turut mengadakan acara nyanyian.

    Kata Syawal, “Mungkin sejak kecil didedahkan dengan keberanian bapa menyanyi di hadapan khalayak ramai mempengaruhi minat saya dalam nyanyian.”

    Menurut Syawal, dia dikejutkan seorang rakan media sosial yang kebetulan anak pemilik
    sebuah syarikat rakaman yang menyatakan bapanya ingin menguji bakat suaranya.

    “Memang ada cita-cita untuk menjadi artis rakaman tetapi tawaran dari teman media sosial itu di luar jangkaan kerana saya tidak banyak buat “cover” di muat naik di media sosial kerana keutamaan pada pelajaran.

    Tidak lama selepas itu Syawal Iqbal menaiki pesawat ke Kuala Lumpur dari Kota Bahru dan selepas hadir di pejabat Xanadu beliau diberikan lagu Insaf untuk dicuba.

    Pihak syarikat berpuas hati dan proses rakaman di atur.

    Syawal Iqbal pernah mewakili Majlis Sukan Negeri Kelantan sejak berusia 12 tahun dan menghentikan penglibatan sukan bila melanjutkan pengajian ke IPT.

    Lagu Insaf adalah ciptaan TyraSyaf, lirik TyraSyaf dan di terbitkan oleh Xanadu Record, Kuala Lumpur.

    Xanadu Records memperkenalkan seorang penyanyi baru bernama Syawal Iqbal dengan single pertama bertajuk Insaf. – Gambar serahan Xanadu Records
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...