Sydney batal kuarantin wajib pelancong lengkap vaksin

SYDNEY, 15 OKT – Sydney bakal memansuhkan perintah kuarantin wajib terhadap pelancong luar negara yang lengkap vaksin mulai bulan depan, sekali gus menandakan berakhirnya sekatan COVID-19 lebih awal daripada yang dijadualkan.

Sempadan Australia ditutup selama 19 bulan bagi mengekang penularan COVID-19, yang memberi kesan puluhan ribu warga Australia di luar negara dan mencetuskan kritikan terhadap negara itu sehingga diberi jolokan ‘negara pertapa’ (hermit state).

Ketika ini, mereka yang memasuki Australia perlu ada kelayakan untuk diberikan pengecualian perjalanan dan membelanjakan ribuan dolar untuk menjalani perintah kuarantin di hotel selama 14 hari.

Ketua Menteri New South Wales, Dominic Perrottet, berkata mulai 1 November, pelancong yang lengkap vaksin perlu menjalani ujian dengan keputusan negatif sebelum menaiki pesawat, tetapi tidak perlu dikuarantin sebaik tiba. – AFP

Penumpang menolak troli bagasi mereka ketika bersedia menaiki bas yang membawa mereka ke hotel kuarantin mandatori sebaik tiba di lapangan terbang Sydney, 15 Oktober. – AFP