Sydney diberi amaran jumlah tinggi COVID-19

SYDNEY, 6 OGOS – Harapan Sydney kembali ke ‘Sifar COVID-19’ menerima tamparan hebat hari ini ketika ia melaporkan satu lagi jumlah rekod jangkitan baharu dan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk untuk bersiap sedia bagi menghadapi situasi terburuk.

Buat hari kedua berturut-turut, Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengatakan negeri paling padat Australia itu mencapai kemuncak baharu apabila mengesan 291 kes.

“Sekurang-kurangnya 50 daripadanya berjangkit dalam komuniti,” kata Berejiklian, membayangkan lebih banyak kes akan dilaporkan dalam beberapa hari, meskipun satu perintah berkurung sudah pun memasuki minggu keenam. – AFP