SYDNEY, 1 Jan – Pertunjukan bunga api besar-besaran mewarnai Sydney Harbour ketika bandar raya terbesar di Australia itu menyambut Tahun Baharu 2017.
Hampir 1.5 juta pengunjung menyaksikan pertunjukan itu di tepi pantai tengah malam tadi. Terdahulu, Auckland di New Zealand menjadi bandar raya utama dunia yang pertama menyambut tahun baharu.
Kebanyakan bandar di seluruh dunia mengambil langkah keselamatan sempena Tahun Baharu, selepas tahun 2016 menyaksikan pengganas memandu lori dan merempuh pengunjung di Berlin, Jerman dan Nice, Perancis.

Pada tengah malam tadi, satu pertunjukan bunga api di Sydney Harbour diadakan bagi memberi penghormatan kepada penyanyi terkenal Prince dan David Bowie yang meninggal dunia tahun lepas.
“Tahun ini cukup menyedihkan di mana kami menyaksikan kehilangan ramai pemuzik dan penghibur legenda di seluruh dunia,” kata penganjur bersama pertunjukan bunga api, Catherine Flanagan. – AFP