Sydney longgarkan sekatan sempena Perayaan Krismas

SYDNEY, 23 DIS – Sydney hari ini melonggarkan sekatan perintah berkurung sempena Hari Krismas selepas bandar terbesar Australia itu melaporkan kes baharu koronavirus dengan satu angka pada hari kedua.

Di tengah-tengah usaha menjalani ujian dan pengesanan, lapan kes baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam, mendorong pihak berkuasa untuk mengumumkan kesemua penduduk dibenarkan mempelawa pelawat untuk datang ke rumah bagi menyambut perayaan.

“Semua orang melalui tahun yang sukar,” kata Perdana Menteri Gladys Berejiklian, mengumumkan pengurangan sekatan secara ‘sederhana’ selama tiga hari.

Berejiklian berkata kebanyakan penduduk Sydney membenarkan untuk menjemput 10 orang dewasa ke rumah mereka, dengan kawasan pusat penularan wabak dihadkan kepada lima orang sahaja di kawasan kejiranan.

Dia berkata perintah sekatan yang dikurangkan dibuat kerana jumlah kes baharu yang rendah – 16 kes dalam tempoh 48 jam – dan kerana kebanyakan mereka yang dijangkiti mempunyai hubung kait.

Kluster kes di pantai utara Sydney kini kekal di bawah 100 orang, selepas tiada kes jangkitan komuniti dalam tempoh yang panjang.

Penularan telah menyebabkan pusat bandar yang sibuk bertukar lengang, dan penduduk kini beramai-ramai membanjiri pusat ujian.

“Saya telah bertolak ansur dengan cara komuniti memberi respons kepada apa yang kami ingin mereka lakukan,” kata Berejiklian.

“Jumlah ujian sangat menggembirakan. Terutama komuniti di pantai utara yang memberi respons sangat positif.”

Walaupun sekatan dilonggarkan, dia menyeru penduduk Sydney untuk tidak mengambil perkara sambil lewa.

“Perkara yang kita inginkan adalah mengekang penularan wabak dari keluarga dan orang yang paling kita sayangi.”- AFP