
SYDNEY, 4 Okt – Sydney dan Melbourne mungkin menghadapi hari-hari dengan 50 darjah Celsius dalam masa 25 tahun walaupun jika Australia memenuhi matlamat pemanasan global Paris, satu kajian baru mengingatkan hari ini.
Kawasan lain di seluruh negara juga harus bersedia untuk menghadapi cuaca amat panas, kata penyelidik yang dipimpin oleh Universiti Nasional Australia (ANU) dan disokong oleh Pusat Kecemerlangan Sains Sistem Iklim, sebuah konsortium antarabangsa.
Kajian itu menilai magnitud suhu melampau pada masa depan di bawah Perjanjian Paris, yang bertujuan mengawal kenaikan suhu global kepada antara 1.5C dan 2.0C melebihi paras sebelum perindustrian.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn