Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sydney pertingkat langkah keselamatan

    SYDNEY, 6 Ogos – Mendaki Jambatan Sydney Harbour secara haram akan dikenakan denda sebanyak AUS$22,000 (AS$16,300) selepas pihak berkuasa hari ini menaikkan jumlah denda itu kepada enam kali ganda sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang terbaharu.

    Kerajaan negeri New South Wales juga akan memasang jaringan anti pendakian, pagar yang lebih tinggi dan memperbanyakkan kamera untuk menghalang orang ramai dari mendaki jambatan terkenal di dunia itu.

    Langkah itu dibuat susulan selepas seorang lelaki mental mendaki jambatan itu secara haram mencetuskan operasi polis dan menyebabkan kesesakan lalu lintas pada April lalu pada waktu pagi yang sibuk.

    Gambar fail pada 13 Mac 2017 menunjukkan pandangan Jambatan Sydney Harbour pada waktu malam. – AFP

    Ia mengambil masa hampir enam jam untuk menurunkannya dan beberapa lorong di jambatan itu ditutup di tengah-tengah kebimbangan yang dia akan melakukan lompatan.

    “Walaupun kita bersimpati dengan situasi peribadi seseorang itu, secara dasarnya mendaki jambatan itu bukan sahaja sangat berbahaya, ia juga membahayakan nyawa ribuan pemandu yang menggunakannya setiap hari,” kata Menteri Perjalanan negeri itu, Melinda Pavey.

    Denda berkenaan yang sebelum ini berjumlah AUS$3,300, kini sama seperti dengan denda bagi memanjat Sydney Opera House secara haram. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda