Sydney sedia bagi ‘hari bebas’ selepas sekatan

SYDNEY, 7 OKT – Bandar terbesar Australia akan ‘hidup semula’ daripada sekatan pergerakan selama 106 hari yang bermula Isnin ini, ketika pihak berkuasa Sydney mengesahkan sasaran vaksinasi telah dipenuhi.

Arahan duduk di rumah telah dibatalkan bagi Bandar Harbour yang mempunyai penduduk lebih lima juta yang sudah memvaksinasi lengkap sekitar 70 peratus penduduknya berusia 16 tahun ke atas.

“Tempoh kesukaran yang dihadapi hampir berakhir,” kata Perdana Menteri Scott Morrison hari ini semasa mengumumkan mengenai pembukaan semula bandarnya.

Bermula Isnin, kelab, restoran dan kedai-kedai akan membuka pintunya dan mengalu-alukan orang ramai yang sudah lengkap divaksin.

Sekatan perjalanan sejauh 5km juga akan dibatalkan, meskipun sempadan negeri dan antarabangsa akan masih ditutup buat masa sekarang.

Pembukaan semula yang digambarkan oleh kebanyakan orang sebagai ‘hari bebas’ – mencerminkan ‘teruja’ dan ‘mencemaskan’ menurut Alyce Murphy, pengurus besar The Carrington, sebuah kelab Sydney yang kini sibuk mendapatkan kembali kakitangan dan operasi penghantaran.

“Sangat jelas setelah tidak melakukan apa-apa selama berbulan-bulan dan kemudian prospek menjalankan operasi beberapa minggu lagi, sedikit mendebarkan,” katanya. – AFP