Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Sydney siap sedia hadapi banjir besar

    SYDNEY, 6 OKT – Bandar paling ramai penduduk di Australia, Sydney, mencatatkan rekod hujan tahunan selama 70 tahun hari ini selepas satu tahun memperingati banjir pantai timur yang dahsyat.

    Pada awal petang, Sydney telah mencatatkan jumlah hujan tahunan tertinggi dalam rekod – 2,216 milimeter – dengan kira-kira 86 hari masih berbaki sehingga akhir tahun.

    Tahun paling basah Sydney sebelum ini ialah pada 1950, apabila terdapat 2,194 milimeter hujan.

    Ia adalah angka tertinggi yang di-catatkan sejak data hujan tahunan buat bandar Sydney pertama kali dikumpulkan pada tahun 1858.

    Dengan ramalan corak cuaca La Nina membawa musim panas yang lebih lembap daripada purata, kemungkinan pengiraan akhir 2022 akan menjadi lebih tinggi.

    Pejalan kaki ketika meredah hujan di Sydney, Australia pada 6 Oktober. – AP

    Sydney, bersama negeri New South Wales bersiap sedia untuk berdepan satu lagi banjir besar pada hujung minggu ini.

    Menteri perkhidmatan kecemasan negeri, Steph Cooke berkata hari ini bahawa lebih banyak hujan akan membawa kesan teruk.

    “Kami tahu kawasan tadahan kami basah lencun, empangan kami penuh, dan sungai kami sudah melimpah.

    “Jadi sebarang hujan tambahan, tidak kira betapa kecilnya, berkemungkinan memburukkan lagi keadaan banjir,” katanya.

    “Sebarang hujan tambahan berpotensi menyebabkan banjir kilat.”

    Data hujan tahunan itu diperoleh daripada stesen cuaca di daerah pusat perniagaan Sydney.

    Biro Meteorologi Australia berkata hari ini amaran banjir telah disediakan bagi sebahagian besar timur Australia, termasuk bahagian Queensland, New South Wales, dan utara Victoria. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...