Sydney tarik balik perintah berkurung COVID-19

SYDNEY, 15 SEPT – Pihak berkuasa Sydney bersedia untuk menarik balik perintah berkurung di kawasan titik panas COVID-19, ketika jumlah jangkitan stabil dan kadar vaksinasi meningkat.

Hampir tiga bulan selepas aktiviti di bandar terbesar di Australia dibekukan oleh perintah penutupan, pihak berkuasa negeri mengumumkan kelonggaran sekatan di kawasan yang paling teruk dilanda wabak.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian, berkata perintah sekatan dari jam 9 malam hingga 5 pagi akan ditarik balik, yang diharapkan menandakan permulaan kepada penutupan sekian lama.

Kadar jangkitan sudah mencapai sekitar 1,300 sehari dan 80 peratus orang di negeri paling ramai penduduk Australia menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Kami melihat ia sudah stabil dalam beberapa hari terakhir,” kata Berejiklian, sambil menggesa penduduk untuk terus berwaspada dan mematuhi perintah berada dalam rumah. Kami tidak mahu melihat trend itu tersilap langkah.”

Sebahagian besar penduduk Sydney hanya boleh meninggalkan rumah untuk membeli makanan, bersenam di luar rumah atau mendapatkan rawatan perubatan.

Berejiklian berkata, banyak perintah sekatan akan ditarik balik apabila 70 peratus penduduk diberi vaksin sepenuhnya, pada bulan Oktober.

Larangan selama 18 bulan untuk warga Australia meninggalkan ne-gara itu akan berakhir pada pertengahan Disember, meningkatkan prospek perjalanan antarabangsa juga akan dibuka semula. – AFP