Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Syiar Islam terus bersinar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seorang lelaki berbangsa India telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Pegawai Pengislaman, Pejabat Unit Dakwah, Daerah, kelmarin.

    Majlis pengislaman Ganapathi Vijayan, 35, telah berlangsung di sebuah kediaman di Jalan Maulana, Kuala Belait di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Ugama Kanan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Ganaphati Vijayan telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Gana bin Vijayan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diserikan lagi dengan Dikir Marhaban, serta diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Turut hadir ialah Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDI, syiar Islam di negara ini terus berkembang di mana sejak Januari hingga 26 November lalu, seramai 86 orang telah memeluk agama Islam di Daerah Belait.

    Haji Ahmad Abdussalam menyampaikan cenderahati kepada Muhammad Gana semasa majlis berkenaan.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...