Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Syihan merendah diri soal status penjaga gol nombor satu Malaysia

    KUALA LUMPUR, 28 SEPT – Selepas menampilkan prestasi memberangsangkan bersama pasukan negara Malaysia pada kejohanan Piala Raja Thailand baru-baru ini, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed kini berada di kedudukan tepat untuk mencabar posisi penjaga gol nombor satu skuad kebangsaan Malaysia.

    Ketangkasan pemain Negeri Sembilan FC itu mengawal gawang pasukan ketika menentang Thailand dan Tajikistan pada kejohanan empat penjuru di Chiang Mai, mendapat pujian secara meluas daripada peminat serta pemerhati bola sepak Malaysia.

    Berpunca daripada persembahan meyakinkan itu, banyak pihak beranggapan pemain berusia 26 tahun itu layak diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol utama skuad Harimau Malaya yang kini lebih kerap digalas penjaga gol berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias.

    Namun, Ahmad Syihan sendiri enggan mendabik dada atas sumbangan yang diberikan dalam dua aksi di Chiang Mai dengan menyifatkan masih terdapat banyak lagi ruang untuk beliau memperbaiki prestasi sebelum bergelar penjaga gol nombor satu negara Malaysia.

    “Bagi saya, saya hanya nak apa yang saya mampu buat ketika ini, lebih daripada itu saya tak boleh nak cakap. Insya-Allah (jadi penjaga gol nombor satu negara), sekarang hanya fokus pada diri sendiri saja,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. – Bernama

    Penjaga gol Skuad Harimau Malaya Ahmad Syihan Hazmi Mohamed ketika ditemui para pemberita selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...