Syiling emas terkecil di dunia diiktiraf

GENEVA, 13 APRIL – Sekeping duit syiling emas Swiss dengan gambar Albert Einstein menjulurkan lidahnya telah diiktiraf syiling kenang-kenangan paling kecil di dunia, umum kilang syiling hari ini.

Duit syiling miniatur, dengan nilai muka satu suku Swiss franc, berukuran 2.96 milimeter dalam diameter dan mempunyai berat 0.063 gram.

“Guinness World Records telah mengiktiraf syiling emas suku franc yang dikeluarkan pada 2020 sebagai syiling kenang-kenangan terkecil di dunia,” menurut kenyataan Swissmint.

Menerima inspirasi dari ‘keazaman dan kesabaran’ pakar fizik Einstein, yang meninggal dunia pada 1955, syiling itu memaparkan warga Swiss itu dalam gaya terkenalnya di bahagian depan.

Bahagian belakang menunjukkan nilai nominal syiling, palang Swiss dan inskripsi Helvetia – nama Latin untuk Switzerland, yang digunakan pada syiling dalam empat bahasa negara Eropah.

“Syiling terkecil dunia dihiasi dengan gambar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dengan itu Swissmint telah mereka pakej khas, lengkap dengan kanta pembesar dan lampu,” katanya.

Hanya 999 syiling yang dikeluarkan, dan kesemuanya telah habis dijual. – AFP

Gambar menunjukkan duit syiling suku franc keluaran Swissmint telah diiktiraf sebagai syiling kenang-kenangan terkecil di dunia oleh Guinness World Records. – AFP