Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Syiling kenang-kenangan sempena Jambatan SHOAS

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Duit syiling kenang-kenangan bersempena memperingati penamaan rasmi Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) mula dijual hari ini, dengan pengumpul tidak melepaskan peluang untuk mendapatkannya sebaik kaunter dibuka.

    Salah seorang pembeli yang ditemui berkata penjualan duit syiling itu merupakan satu peluang keemasan yang amat ditunggu-tunggu selama ini lebih-lebih lagi ia mempunyai keunikan reka bentuk muka hadapan dan belakang tersendiri.

    “Mengetahui sahaja duit syiling kenang-kenangan ini akan mula dijual kepada orang ramai dalam beberapa hari lalu melalui paparan berita di dada akhbar, hati ini terus berhasrat untuk membelinya kerana saya juga menyukai koleksi sebegini untuk dijadikan kenangan terindah pada masa akan datang,” ujar Lim, 61 yang membeli dua set Duit Syiling Perak.

    Beliau datang seawal 8 pagi di Currency Gift Shop, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Tingkat 1, Bangunan Brunei Currency and Monetary Board (BCMB), Kompleks Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk mendapatkan duit syiling kenang-kenangan berkenaan.

    Menurutnya lagi, mendapatkan duit syiling kenang-kenangan itu bukan hanya semata-mata untuk memilikinya bahkan ia lebih dari itu, yang mana ia mempunyai nilai-nilai sejarah negara seperti paparan wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha
    Mulia Menaiki Takhta pada 5 Oktober 2017 pada reka bentuk hadapan duit syiling.

    Pada muka belakangnya pula menampilkan arus kemodenan pembangunan negara seperti Jambatan Kabel Penahan merentasi laluan perkapalan timur, tambah beliau.

    Luahan kegembiraan Lim setelah memiliki dua set Duit Syiling Perak.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...