Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Syiling Raja Charles diedar di UK

    LONDON, 8 DIS – Duit syiling pertama dengan wajah Raja Britain, Charles III diedarkan hari ini, umum The Royal Mint.

    Syiling 50 pence baharu memaparkan patung ukiran Charles, yang menjadi raja selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II pada September.

    The Royal Mint, pengeluar rasmi wang kertas dan syiling United Kingdom (UK), pada mulanya mengeluarkan 4.9 juta duit syiling menerusi transaksi yang dibuat di pejabat pos negara.

    Berjuta-juta lagi akan digunakan tidak lama lagi, dengan kepala Charles dipaparkan dalam semua mata wang.

    Patung ukiran itu merupakan kerja pengukir British, Martin Jennings dan diluluskan oleh raja sendiri.

    Kepala Charles menghadap kiri, sejajar dengan tradisi bahawa raja perlembagaan baharu melihat ke arah bertentangan dengan raja sebelum mereka.

    Upacara kemahkotaan Charles bakal berlangsung pada 6 Mei. – AFP

    Gambar serahan The Royal Mint menunjukkan syiling 50 pence yang memaparkan potret Raja Charles III di Aldwych, berdekatan Clarence House, London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...