Syria berjaya pintas serangan peluru berpandu Israel

DAMSYIK, 5 MEI – Peluru berpandu Israel yang menyasarkan kemudahan penyelidikan di Utara Syria telah berjaya di pintas, media setempat berkata, serangan keempat dalam tempoh dua minggu.

Israel telah melancarkan beratus-ratus serangan ke atas Syria sejak bermulanya peperangan pada tahun 2011, menyasarkan tentera kerajaan, pasukan sekutu Iran dan pejuang-pejuang Hizbullah.

“Pertahanan udara Syria telah berjaya memintas pencerobohan Israel ke atas pusat penyelidikan di wilayah Aleppo,” menurut agensi berita SANA.

Manakala, daripada sumber tentera, kemudiannya SANA berkata bahawa peluru berpandu yang dipintas menyasarkan beberapa ‘depot tentera’ di kawasan Al-Safira di Tenggara bandar Aleppo.

Tentera Israel tidak memberikan sebarang komen ke atas laporan tersebut.

Serangan itu menyebabkan ‘letupan besar’ di kawasan tersebut, menurut badan pemerhati hak asasi Syria yang berpangkalan di Britain,

pemantau peperangan yang bergantung pada rangkaian sumber di Syria. – AP

Sebuah keluarga bersiap sedia untuk berbuka puasa di atas runtuhan bangunan. Sejak permulaan peperangan di Syria telah melancarkan beratus-ratus serangan di negara yang sedang bergolak itu. Tentera Syria berkata mereka berjaya memintas peluru berpandu Israel di wilayah Aleepo. – AFP