Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Syria dilanda wabak taun

    QAMISHLI, SYRIA, 11 SEPT – Pihak pentadbiran Kurdish merayu bantuan antarabangsa, terutama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengekang penularan wabak taun yang sudah mengorbankan tiga mangsa di utara dan timur Syria, setakat ini.

    Malah, pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa sejumlah besar kes wabak itu telah dikesan di wilayah Raqa dan Deir Ezzor.

    Dalam satu kenyataan semalam, Ke-menterian Kesihatan Syria turut memaklumkan sebanyak 15 kes taun direkodkan di wilayah Aleppo, dengan pesakit terbabit kini menerima rawatan di hospital.

    Secara umum, penyakit taun berpunca daripada makanan atau air tercemar, dan mengakibatkan mangsa mengalami cirit-birit serta muntah. Ia boleh merebak dalam kawasan penempatan yang kekurangan rangkaian kumbahan sewajarnya atau bekalan air utama untuk minuman.

    Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, penyakit itu merebak di bahagian barat Deir Ezzor selepas pihak berkuasa tempatan didakwa berhenti mengedarkan klorin ke stesen pam air. Kumpulan berpangkalan di Britain itu yang mempunyai rangkaian kerja luas dengan sumber di Syria, mendakwa ratusan penduduk di kawasan terbabit mengadu sakit kepala, cirit-birit dan muntah.

    Pentadbiran Kurdish berkata pihak berkuasa Deir Ezzor sudah mula mengagihkan 1,000 liter klorin kepada stesen air di kawasan pedalaman wilayah berkenaan.

    “Ia sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit taun,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...