Syria enggan ‘tunduk’ kepada sekatan AS

DAMSYIK, 23 JUN – Syria enggan ‘tunduk’ kepada permintaan Washington di bawah sekatan Amerika Syarikat (AS) terbaharu, kata Menteri Luar Walid Muallem hari ini, mendakwa satu-satu tujuan mereka adalah melemahkan sokongan untuk Presiden Bashar al-Assad.

“Jika mereka (Washington)mengimpikan Syria dan rakyatnya akan tunduk kepada syarat mereka, maka saya akan katakan biarlah mereka terus bermimpi kerana ia tidak akan berlaku,” beritahu Muallem pada sidang akhbar di Damsyik, hampir seminggu selepas Akta Caesar dikuatkuasakan. Sekatan yang dikemukakan dalam undang-undang, menurut pegawai AS, bertujuan memaksa Assad menerima Resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB pada tahun 2015 yang menuntut gencatan senjata, pilihan raya dan peralihan politik di Syria.

Namun objektif sebenar adalah ‘untuk mempengaruhi pilihan raya presiden akan datang’ di Syria yang dijadualkan pada tahun depan, kata Muallem, dan melemahkan sokongan terhadap Assad sebelum pengundian. – AFP