Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Syria lancar kempen vaksin oral kolera

    DAMSYIK, 5 DIS – Kementerian Kesihatan Syria semalam melancarkan kempen vaksinasi oral kolera di empat wilayah bagi melindungi kanak-kanak berumur satu tahun ke atas daripada penyakit itu.

    Kempen yang berlangsung sehingga 15 Disember ini dijalankan di wilayah Aleppo, Hasaka, Raqqa dan Deir Ezzor, lapor agensi berita Arab Syria (SANA).

    Pengarah Jabatan Penjagaan Kesihatan Primer kementerian itu, Dr Razan Tarabishi berkata kempen dilaksanakan di 63 pusat kesihatan serta 685 pasukan bergerak dengan penyer-taan 2,269 petugas kesihatan.

    Dr Tarabishi berkata vaksin itu yang diluluskan serta selamat digunakan di seluruh dunia dengan jayanya, terbukti berkesan.

    Keadaan epidemiologi penyakit itu terkawal dan dalam fasa menurun, penggunaan air, makan makanan daripada sumber yang selamat selain menjaga kebersihan awam, terutama mencuci tangan, merupakan asas kepada pencegahan penyakit, kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...