Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    ‘Syukur dapat belajar di Lanzhou’

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Seramai 29 pelajar kejuruteraan kimia di bawah Program Kerjasama Bersama Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) dan Politeknik Brunei (PB) melanjutkan pengajian di luar negara selama satu semester di Universiti Teknologi Vokasional Petrokimia Lanzhou di Republik Rakyat China.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hengyi, sesi menandatangani perjanjian penajaan telah diadakan pada 23 Ogos lalu.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif Sedia Masa Depan Hengyi, program tersebut bertujuan untuk memupuk bakat tempatan dengan menyediakan mereka dengan kemahiran dan latihan yang diperlukan bagi memastikan persediaan bekerja di Hengyi.

    Salah seorang penerima biasiswa PB, Awang Muhammad Nur Khairurrabi’ee bin Haji Japarudin dipetik berkata, “Kami teruja kerana dapat belajar dan berlatih di sana.

    “Peluang ini akan meluaskan persepsi kami untuk kerjaya masa depan kami dengan Hengyi. Kami sentiasa bersyukur atas peluang ini.”

    Gambar ramai pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Lanzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar serahan Hengyi

    Seorang lagi penerima biasiswa, Dayang Nabilah Hadirah binti Nazaruddin turut melahirkan rasa syukur kerana berpeluang belajar di luar negara.

    “Memulakan perjalanan untuk belajar di luar negara di Lanzhou ini mengisikan kami dengan keterujaan, rasa ingin tahu dan rasa syukur.

    “Kami tidak sabar-sabar untuk mendapatkan pengalaman, budaya dan pengetahuan baharu.

    “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Hengyi kerana memberi kami peluang yang luar biasa untuk belajar di Lanzhou.

    “Sokongan dan kepercayaan awda terhadap potensi kami amat bermakna bagi saya.
    Peluang ini adalah batu loncatan kepada pertumbuhan peribadi dan akademik, dan kami tidak sabar untuk memanfaatkan setiap saat,” ujarnya.

    Program Kerjasama Bersama Hengyi dan PB menawarkan Diploma Kejuruteraan Kimia selama tiga tahun kepada para pelajar, di mana mereka telah menamatkan pengajian akademik selama dua tahun di PB dan satu semester latihan industri dengan Hengyi.

    Setelah tamat pengajian dan program itu, para pelajar dijangka menyertai Hengyi
    dan memulakan kerjaya mereka dalam industri petrokimia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara gelar pemimpin Selatan ‘lelaki dengan otak seperti sampah’

    SEOUL, 25 SEPT - Korea Utara pada hari ini menggelar Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol sebagai ‘lelaki yang mempunyai otak seperti sampah’ dan...