Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Syukur dapat penuhi hasrat ibu bapa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Setelah beberapa tahun menabur usaha, saat menerima segulung ijazah dan sijil amat dinantikan oleh para graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan lebih bermakna apabila hari bersejarah itu disaksikan ibu bapa berkongsi kegembiraan mereka.

    Rata-rata graduan yang ditemu bual semasa Majlis Konvokesyen UBD ke-33 yang berlangsung di Dewan Canselor UBD, kelmarin, melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang menerima segulung ijazah dalam majlis yang penuh bersejarah, walaupun dalam suasana norma baharu.

    Dayang Siti Nur Khairunnisa Haziqah Adawiyah binti Haji Marali, graduan Sarjana Muda Sastera (Pengajian Brunei), melahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat memenuhi hasrat kedua ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Ketika berkongsi kegembiraan dan disebalik kejayaan itu, ibu bapanya telah memberi banyak sokongan terutamanya bapa beliau yang tidak pernah berputus asa untuk sentiasa mendorongnya untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi untuk mendapatkan masa depan yang baik.

    Beliau turut mengongsikan kata-kata nasihat kepada pelajar yang masih belajar untuk teruskan usaha dan tetap semangat dalam menuntut ilmu.

    Dayang Siti Nur Khairunnisa Haziqah Adawiyah dan Dayang Siti Nur Aqilah Fikriyah bergambar bersama ibu bapa mereka.

    Beliau juga memberi semangat kepada pelajar yang dikategorikan slow learner, “kerana saya sendiri juga salah seorang pelajar yang slow learner, di mana masing-masing mempunyai kecerdasan otak yang berbeza.

    “Apa yang penting teruskan usaha kerana usaha kita itulah yang akan menentukan siapa kita di masa akan datang dan jangan hiraukan jika ada yang ingin menjatuhkan kita, buktikan kepada semua orang yang kita juga boleh berjaya se-hingga ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

    Seorang lagi graduan, Dayang Siti Nur Aqilah Fikriyah binti Haji Marali yang mengambil jurusan Sarjana Muda Sastera dalam Kesusasteraan Melayu, juga bersyukur kerana menamatkan pengajian dengan jayanya sekali gus dapat memenuhi hasrat kedua-dua ibu bapa.

    Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapanya, keluarga dan teman-teman seperjuangan yang telah banyak memberi sokongan dan pertolongan sepanjang pengajian empat tahun di UBD membuatkan ia berjaya.

    “Disamping itu kejayaan abang-abang dan kakak saya memperolehi sarjana muda sebelum ini memberikan banyak inspirasi dan semangat yang tinggi untuk saya mencapai kejayaan ini,” katanya.

    Ini adalah kejayaan mereka sekeluarga kerana dengan pencapaian ini, kesemua adik-beradiknyam seramai enam orang telah berjaya mencapai hasrat dan impian kedua ibu bapa mereka mendapat ijazah sarjana muda.

    Sebelum mengakhiri temu bual itu, beliau dengan bersemangat memberi kata-kata semangat kepada yang masih lagi menuntut untuk teruskan usaha dan tetap bersemangat dalam menuntut ilmu.

    “Menuntut ilmu itu tidak mengira umur dan selagi kita masih mampu melakukannya teruskan dengan apa yang kita benar-benar hendak capai.

    Kerana pada akhirnya apa yang kita perjuangkan itu adalah untuk diri kita sendiri dan masa depan kita dengan kehendak dan keizinan Allah serta berkat doa ibu bapa dan usaha kitani,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...