Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Syukur negara hampir bebas COVID

    Situasi COVID di Brunei kini semakin terkawal dan pengemaskinian langkah-langkah terus dibuat oleh pihak relevan untuk mengembalikan kehidupan kepada senormal yang mungkin seperti sebelum berlakunya wabak itu hampir tiga tahun lalu.

    Terima kasih atas kerjasama semua pihak, terutamanya pihak relevan dan tidak lupa petugas-petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus menghadapi, melawan, melindungi dan sama-sama membanteras wabak itu sehingga kini kita telah pun hidup tanpa memakai pelitup muka, tanpa terlalu bergantung kepada ART manakala kebimbangan terhadap COVID juga semakin reda.

    Selain itu, hubungan kekeluargaan kembali rapat bagi penduduk negara ini dan luar yang mempunyai sanak saudara di negara jiran, terutamanya dengan pembukaan dan pelanjutan waktu operasi sempadan.

    Malahan langkah-langkah yang agak membantutkan perjalanan sebelum ini, seperti vaksinasi, deklarasi ketibaan dan banyak lagi yang lain telah pun dikendurkan lagi.

    Mungkin nanti pihak relevan boleh melonggarkan syarat pembelian insurans untuk masuk dan keluar negara seperti negara-negara lain yang mahu memperluaskan dan mempromosikan pelancongan mereka, kerana ini mungkin menjadi sesuatu yang menyekat orang ramai datang ke negara kita.

    Dengan pembukaan Jambatan SHOAS kepada kenderaan berpendaftaran asing, industri pelancongan Brunei boleh memanfaatkannya terutamanya mempromosikan kehijauan Temburong dan tempat-tempat menarik di negara ini, sekali gus merancakkan lagi industri itu yang merudum teruk akibat COVID.

    Nikmat apa lagi kan didustai

    Setelah beberapa langkah dilonggarkan, penulis berpendapat pihak relevan boleh melonggarkan syarat pembelian insurans.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...