Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Syukuri puja usia Baginda Raja Isteri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat, hari ini.

    Berlangsung di Galeri Ar-Rayyan, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampung Katok, majlis diadakan sebagai tanda kasih dan kesyukuran sempena memperingati Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri.

    Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pengerusi II dan Ketua Jawatankuasa Bahagian Keagamaan kumpulan berkenaan, Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi.

    Acara diteruskan dengan bacaan Doa Sebelum Membaca Al-Quran dan seterusnya bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah An-Nas beramai-ramai, dan diikuti dengan bacaan takhtim dan bacaan Doa Khatam.

    Kemudian, acara diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis disusuli dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan Doa Khas Kesyukuran sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri oleh isteri Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Azizah binti Haji Mohamad.

    Acara diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Datin Hajah Nahriah (tengah) semasa menghadiri majlis khatam, doa kesyukuran dan sembahyang Sunat Hajat sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
    Antara yang menghadiri majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...