Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sze Fei-Nur Izzuddin mara Terbuka Jerman

    KUALA LUMPUR, 11 MAC – Kesilapan mudah dilakukan pihak lawan, Joel Eipe-Daniel Lundgaard, memudahkan perjalanan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (gambar) merebut tempat ke suku akhir pada Terbuka Jerman 2022, malam tadi.

    Bukan itu sahaja, Nur Izzuddin juga gembira dengan aksi menyerang yang dipamerkan dari awal permainan yang membuahkan hasil apabila pasangan Denmark itu memberikan mata percuma kepada pasangan Malaysia selepas melakukan pelbagai kesilapan dalam perlawanan pusingan kedua, yang berlangsung di Westenergie Sporthalle di Muelheim An Der Ruhr.

    “Kami terus menyerang dan memberi tekanan dari mula perlawanan yang mendorong mereka melakukan banyak kesilapan mudah dan menjadikan strategi perlawanan kami berjaya,” katanya dalam video pendek dikongsikan kepada media hari ini.

    Sze Fei-Nur Izzuddin, yang merupakan ranking ke-17 dunia, mengambil masa 32 minit bagi menyingkirkan Joel-Daniel, 21-13, 21-14.

    Bagaimanapun, pasangan bukan pilihan itu bakal berdepan laluan getir apabila dijadual menentang rakan senegara yang juga pasangan pilihan keenam, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, hari ini.

    Yew Sin-Ee Yi terpaksa berhempas pulas untuk menempah tiket ke suku akhir semalam, apabila diheret hingga ke set penentuan sebelum menang ke atas pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, 21-15, 14-21, 21-17.

    Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Nur Izzudin berharap mereka sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bertarung merebut tempat ke separuh akhir, yang akan berlangsung esok.

    Sementara itu, dua lagi wakil Malaysia iaitu beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan beregu wanita Vivian Hoo-Lim Chiew Sie juga berjaya melangkah ke suku akhir.

    Mereka bakal berdepan pilihan pertama Chen Qing Chen-Jia Yi Fan bagi penentuan empat tempat terakhir, selepas pasangan China itu menang straight set ke atas Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela dari India, 21-16, 21-12. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...