Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    T Best juara Kejohanan Bola Keranjang Aewon 2022

    Oleh Daniel Lim

    KUALA BELAIT, 10 OGOS – Syarikat T Best berjaya merangkul gelaran juara Kejohaan Cabaran Bola Keranjang Aewon 2022 apabila menewaskan Pasukan Restoran Damai Indah dengan jarak 10 mata keseluruhan.

    Kejohanan tersebut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) ditaja oleh Aewon Brunei dan You-C1000. Perlawanan tersebut berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Seria sejak 24 Julai yang lalu.

    Hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Seria dan Ketua Kampung Lorong Tiga Selatan Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim yang dialu-alukan oleh Pengerusi BDBA, Koo Kong Loi.

    Turut hadir Pengarah Urusan Aewon Brunei, Lau Chai Seng, Pengurus Besar Aewon Brunei, Justin Hong Ping Khiong dan Pengurus Perusahaan Hui Huang, Katherine Hi.

    Sebelum pusingan akhir kejohanan tersebut berlangsung, satu perlawanan menyaksikan Pasukan Unity mendahului permainan pada suku pertama menentang Wolves Basketball dengan kiraan 21-18. Pada suku kedua, Wolves bangkit mendahului permainan dan mengekalkan momentum hingga suku ketiga dan suku keempat yang menyaksikan pasukan itu memenangi tempat ketiga kejohanan dengan kiraan 77-57.

    Juara Kejohanan Cabaran Bola Keranjang Aewon 2022, Pasukan Syarikat T Best menerima pingat dan trofi daripada tetamu kehormat.

    Acara kejohanan diakhiri dengan perlawanan yang ditunggu-tunggu antara Syarikat T Best, yang mendahului permainan pada suku pertama dengan 12 mata, menentang Restoran Indah Damai.

    Restoran Indah Damai cuba untuk bangkit pada suku kedua permainan apabila Syarikat T Best kurang menonjol, namun pemain nombor 2, Ahmad Termizi berjaya menyelamatkan pasukannya apabila menyumbang tiga mata sekaligus mendahului kejohanan tersebut pada suku ketiga.

    Di akhir perlawanan, Restoran Indah Damai terpaksa akur apabila tewas 76-66 kepada Syarikat T Best walaupun cuba sedaya upaya untuk merangkul gelaran juara.

    Acara penutup menyaksikan penyampaian hadiah pingat dan trofi kepada pasukan-pasukan kejohanan tersebut oleh tetamu kehormat.

    Sementara itu, trofi Pemain Paling Berharga diberikan kepada pemain Syarikat T Best, Ahmad Termizi yang melayakkan pasukannya merangkul gelaran juara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...