Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    T1 rangkul gelaran juara LoL ke-4

    SEOUL, 20 NOV – Pasukan T1 dari Korea Selatan mengetepikan Weibo Gaming China kelmarin untuk merangkul rekod kejuaraan dunia League of Legends (LoL) keempat, yang dikenali secara meluas sebagai Super Bowl e-sukan.

    T1 memenangi tiga perlawanan berturut-turut bagi perlawanan akhir terbaik dalam lima perlawanan di stadium Gocheok Sky Dome di Seoul, dihadiri oleh 18,000 penonton.

    Para peminat turun ke Seoul untuk perlawanan akhir kejohanan dunia LoL, yang telah berkembang pesat sejak edisi pertama pada 2011 menjadi salah satu permata mahkota industri e-sukan global bernilai bilion dolar.

    Suasana dimeriahkan dengan letupan bunga api ketika ahli T1 mengangkat trofi, melompat kegembiraan sambil penonton bersorak melaungkan “T1! T1! T1!.”

    “Lebih daripada segala-galanya, saya sangat bersyukur kerana saya dapat bermain di hadapan ramai orang,” kata Faker T1, pemain bintang terkenal yang dipuji sebagai Michael Jordan bagi e-sukan.

    Faker, yang nama sebenarnya Lee Sang-hyeok, kini telah memenangi rekod empat gelaran dunia dan berusia 27 tahun, juga merupakan pemain tertua yang merangkul hadiah terbesar dalam League of Legends.

    Kemenangan itu menandakan penguasaan yang mantap dalam kejuaraan dunia bagi T1, yang berusaha untuk bangkit selepas tewas di final di San Francisco tahun lalu. – AFP

     

    T1 dari Korea Selatan memegang trofi Piala Summoner selepas kemenangan mereka menentang Weibo Gaming China pada perlawanan akhir dunia League of Legends di Seoul kelmarin. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda