Taal aktif semula, pemindahan paksa dilaksanakan

TANAUAN, 20 JAN – Pihak berkuasa Filipina hari ini mengarahkan pemindahan paksa ke atas penduduk yang setiap hari mengunjungi rumah mereka di dalam zon bahaya sekitar gunung berapi Taal ketika ahli sains memberi amaran bahawa ia boleh ‘aktif semula’ bagi letusan lebih kuat.

Lebih daripada 110,000 orang berlindung di pusat pemindahan semenjak Taal kembali aktif seminggu lalu, namun banyak bandar yang terjejas teruk membenarkan penduduk kembali ke kediaman mereka dalam masa beberapa jam sehari untuk mengambil barangan, memberi makan ternakan dan membersihkan rumah mereka. “Kami mengarahkan DRRMC (pegawai pertahanan awam)…untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja memasuki zon bahaya,” kata setiausaha rendah Jabatan Dalam Negeri, Epimaco Densing. – AFP

Seorang lelaki berjalan melepasi pokok dan sebuah trak yang dilitupi debu daripada letusan Gunung Berapi Taal di Buso Buso, 20 Januari. – AFP