Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tabiat membaca dititikberatkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Seramai 42 ahli Pasukan Pengakap Kelana 1102 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menyertai program bersempena dengan sambutan Hari Buku Sedunia 2022 yang membawa tema, ‘Baca…Jadi Awda Tidak Pernah Merasa Keseorangan’, yang diraikan secara maya, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Pengakap Kelana UNISSA, di sini, menyatakan bahawa sambutan tersebut bertujuan untuk memperkasakan budaya membaca dan memberi kesedaran dan kefahaman yang lebih kepada ahli-ahli Pengakap Kelana mengenai kepentingan membaca buku dan memanfaatkan ilmu pengetahuan.

    Hadir semasa program berkenaan ialah Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA, Dr Mohd Alif bin Haji Sismat bersama jurulatih pengakap antarabangsa juga sebagai Jurulatih Pengakap Pasukan Pengakap Kelana 1102 UNISSA, Awang Zainudin bin Haji Ishak dan Awang Junaidi bin Haji Hussin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Pengakap Kelana UNISSA, di sini, menyatakan bahawa sambutan itu bertujuan untuk memperkasakan budaya membaca dan memberi kesedaran dan kefahaman yang lebih kepada ahli-ahli Pengakap Kelana mengenai kepentingan membaca buku dan memanfaatkan ilmu pengetahuan.

    Dr Mohd Alif dalam ucapannya, berhasrat sambutan sedemikian akan dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan membaca.

    Antara ahli pengakap yang menyertai program berkenaan bagi meraikan sambutan Hari Buku Sedunia yang diadakan secara maya. – Gambar serahan Pasukan Pengakap Kelana UNISSA

    Sehubungan itu, ia adalah usaha untuk memberi kefahaman dan kesedaran seumpama itu yang mampu memupuk minat dan seterusnya menjadikan budaya membaca sebahagian daripada kehidupan mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi di UNISSA, tambahnya.

    Sementara itu, Hari Buku Sedunia yang telah diwartakan pada setiap 23 April setiap tahun oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang julung kalinya disambut pada 23 April 1995 adalah bertujuan untuk memupuk tabiat membaca secara berterusan dan meningkatkan minat masyarakat dunia terutamanya generasi muda terhadap budaya membaca dan mencintai buku.

    Oleh itu, bersempena dengan sambutan Hari Buku Sedunia yang disambut bertepatan pada bulan Ramadan pada 2022, ahli-ahli Pengakap Kelana 1102 UNISSA ingin mengajak seluruh umat Islam khususnya untuk bertadarus Al-Quran bersama ahli keluarga dan berusaha untuk mengkhatamkannya dalam bulan yang mulia itu dan mengajak memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti membaca buku dan bahan-bahan ilmiah yang lain di rumah masing-masing.

    Jika budaya membaca dan menghargai buku berjaya dihidupkan dalam diri setiap daripada kita, ia akan menatijahkan masyarakat yang baik nilai insaninya dan berfungsi untuk memacu negara sejahtera. Antara kegiatan yang dijalankan adalah membaca buku selama 10 minit diikuti dengan sesi kongsi sama mengenai pengalaman di sepanjang dua tahun iaitu empat semester dari tahun 2020 hingga 2022 mengikuti pelbagai kegiatan kokurikulum pengakap di UNISSA.

    Sepanjang dua tahun mengikuti kokurikulum pengakap di UNISSA, ahli-ahli Pengakap Kelana pengambilan kedua berkenaan telah berjaya mengikuti lebih 50 kali perjumpaan mingguan yang dijalankan secara bersemuka dan secara maya disebabkan kekangan wabak pandemik COVID.

    Pelbagai kemahiran dan latihan kepimpinan pengakap termasuk penyertaan di peringkat serantau dan antarabangsa di dalam Persidangan Pengakap Sedunia ke-42, Forum Belia Pengakap Sedunia ke-14, Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-27 dan Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-10 serta Jambori Pengakap di Udara (JOTA) dan Jambori Pengakap di Internet (JOTI) secara maya, kegiatan keagamaan, melengkapkan latihan skim-skim lencana Pengakap Kelana, penglibatan di dalam Istiadat Menaikkan Bendera Kebangsaan sempena Hari Kebangsaan di UNISSA, penglibatan dalam perbarisan dan perhimpunan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat serta sebagai sukarelawan COVID-19 dan penyertaan dalam kursus-kursus kemahiran dan kepimpinan pengakap seperti Kursus Penerangan Am, Perkhemahan Asas Sehari di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap Kebangsaan, Jalan Gadong dan Kursus Sekapur Sireh (Jati Diri) dan Istiadat Melantik Pengakap Kelana dan Istiadat VIGIL bertempat di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) di Kem Batang Duri, Temburong.

    Mereka telah berjaya menamatkan pembelajaran dan latihan kepimpinan serta pelbagai kemahiran dalam kokurikulum pengakap yang menawarkan markah empat kredit pengajian di universiti berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...