Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Tabuan mara ke peringkat kumpulan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Pasukan kebangsaan Brunei Darussalam melakar sejarah apabila layak untuk mara ke peringkat kumpulan dalam pusingan kelayakan Piala Mitsubishi Electric Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas menang dengan agregat 6-3 menentang Timor Leste.

    Meskipun Tabuan kalah 0-1 kepada Timor Leste dalam aksi timbal balik, kemenangan 6-2 dalam aksi pusingan pertama sudah cukup memadai buat pasukan kebangsaan untuk mara ke peringkat seterusnya.

    Pemain tengah Timor Leste, Jhon Oliveira berjaya membolosi pertahanan Brunei, namun cubaannya telah dinafikan oleh penjaga gawang Brunei, Haimie anak Nyaring.

    Hasil serangan bertubi-tubi Timor Leste, akhirnya hantaran Joao Pedro Da Silva Freitas disempurnakan oleh Mouzinho Barreto De Lima pada jarak dekat.

    Timor Leste hampir menggandakan jaringan apabila cubaan Mario Quintao terkena palang, sementara tendangan Alexandro Kefi jauh tersasar.

    Haimie dengan selesa menyelamatkan gawang Brunei apabila menghentikan serangan Joao Freitas tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

    Kapten pasukan Brunei, Hendra Azam Idris memuji aksi pasukannya dan berkata mereka layak untuk mara ke peringkat seterusnya.

    Sementara itu, Ketua Jurulatih Timor Leste, Gopalkrishnan AS Ramasamy berkata mereka banyak mensia-siakan peluang yang terhidang di depan mata.

    Tabuan akan membuat kemunculan kali pertamanya sejak tahun 1996, bakal bertemu dengan pasukan-pasukan gergasi seperti Thailand, Indonesia, Filipina, dan Kemboja, yang akan bermula bulan depan.

    Reaksi pasukan Brunei meraikan kemenangan mereka. – Gambar serahan AFF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...