Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tabuan Muda diundi dalam Kumpulan A

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam bawah 19 tahun telah diundi dalam kumpulan A bagi Kejohanan Persekutuan Bola sepak Asia (AFF) Bawah 19 Tahun 2022 di Indonesia pada bulan hadapan.

    Pasukan Tabuan Muda akan berdepan dengan Thailand, Myanmar, Vietnam, Filipina dan pasukan tuan rumah iaitu Indonesia.

    Perlawanan serantau itu akan berlangsung dari 2 hingga 15 Julai, termasuk Malaysia, Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura yang berada dalam kumpulan B.

    Sementara itu, pasukan kebangsaan bawah 16 tahun pula telah diundi masuk dalam kumpulan B bagi Kejohanan AFF Bawah 16 Tahun 2022.

    Perlawanan tersebut juga akan diadakan di Indonesia, dari 6 hingga 18 Ogos tahun ini.

    Pasukan kebangsaan tersebut akan berdepan dengan Thailand, Timor-Leste, dan Laos. Manakala itu, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Filipina di dalam Kumpulan A.

    Selain itu, Malaysia, Australia, Myanmar dan Kemboja akan bertanding dalam kumpulan C.

    Pasukan kebangsaan daripada beberapa kumpulan umur telah mengetahui saingan mereka berikutan dengan undian kumpulan yang dikelolakan oleh Persatuan Bola sepak Indonesia (PSSI), baru-baru ini.

    Kedua-dua pasukan kebangsaan Negara Brunei Darussalam akan turut terlibat bagi mewakili perlawanan kelayakan Piala Asia pada September dan Oktober nanti.

    Para ahli pasukan kebangsaan bawah 19 tahun semasa sesi bergambar ramai. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...