Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tabuan Muda sedia hadapi Kemboja

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) Brunei Darussalam, Aminuddin bin Jumat menyeru barisan baharunya untuk beraksi dengan cemerlang dalam Kejohanan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Phnom Penh, Kemboja.

    Pasukan Tabuan Muda itu akan menentang pasukan tuan rumah, Kemboja di Stadium Kebangsaan Morodok Techo hari ini, menamatkan penantian lama negara untuk penampilan antarabangsa yang kompetitif pertama sejak permulaan pandemik COVID-19.

    Aminuddin berkata dalam temu bual pra-perlawanan, “Bagi Negara Brunei Darussalam, semua pasukan merupakan pesaing yang boleh membantu pasukan negara berkembang dan membangun.

    “Saya harap sesi latihan kami yang lepas akan membuahkan hasil. Ini merupakan kali pertama Negara Brunei Darussalam dapat menjejakkan kaki ke luar negara untuk bermain bola sepak sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada 2020.”

    Beliau menyimpulkan, “Kami berharap pasukan negara dapat beraksi dengan baik dalam arena Kejohanan B-23 AFF.”

    Aminuddin semasa menghadiri sidang media yang diadakan kelmarin. – Gambar serahan FABD

    Pemain pertahanan DPMM FC, Wafi Aminuddin telah dilantik sebagai kapten pasukan manakala rakan sepasukan kelabnya, Muhammad Nur Asyraffahmi bin Norsamri sebagai naib kapten.

    Mempunyai penampilan terbanyak dalam pasukan dengan tujuh setiap satu, kedua-duanya akan beraksi dalam kejohanan ketiga mereka selepas kelayakan Kejohanan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Hanoi, Vietnam pada Mac 2019 dan Sukan Asia Tenggara (SEA) di Manila, Filipina pada Disember 2019.

    Pasukan B-23 negara itu mengadakan sesi latihan sebelum perlawanan kumpu-lan pertama mereka di Stadium Smart RSN kelmarin.

    Brunei juga akan menentang Timor Leste di tempat yang sama tiga hari kemudian sebelum menamatkan peringkat kumpulan menentang Filipina di Stadium Prince pada 20 Februari.

    Pemenang daripada setiap kumpulan akan layak terus ke peringkat kalah mati, yang bermula pada 24 Februari dan akan disertai oleh pasukan naib juara terbaik.

    Pasukan yang kalah di separuh akhir akan digandingkan antara satu sama lain dalam perlawanan penentuan tempat ketiga manakala pemenang akan bermain untuk gelaran di final dengan kedua-dua perlawanan akan diadakan pada 26 Februari.

    Kejohanan AFF B-23 mewakili penampilan sulung Brunei dalam pertandingan itu, sekali gus melengkapkan penyertaan mereka di pelbagai peringkat umur termasuk pertandingan B-16 dan B-19.

    Pasukan B-23 negara telah menarik diri daripada pertandingan itu ketika kali terakhir dianjurkan pada 2019.

    Pada Julai tahun lalu, Brunei pada asalnya diundi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 AFC Uzbekistan 2022 tetapi menarik diri daripada pertemuan itu berikutan gelombang kedua jangkitan COVID-19.

    Pada peringkat B-23, penyertaan terbaharu negara ialah Sukan SEA di Manila, Filipina pada akhir 2019.

    Kejohanan B-23 AFF merupakan satu daripada lima kejohanan utama yang telah dirancang oleh Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD) untuk disertai tahun ini. Badan induk bola sepak negara melihat kejohanan serantau sebagai platform penting untuk meningkatkan taraf pasukan kebangsaan dan pemain individu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...