Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tabung Dana COVID-19 kini berjumlah $3.28 juta

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Setakat ini jumlah dana yang dikumpulkan bagi Tabung Dana COVID-19 yang ditubuhkan pada 2021 adalah berjumlah $3.28 juta dan dana berkenaan adalah masih lagi dibuka.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah mengongsikan jumlah terkini Tabung Dana COVID-19 pada sidang media hari ini bagi status terkini jangkitan COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, seperti dana COVID yang pertama pada tahun 2020 telah digunakan untuk kegunaan bagi pembelian peralatan perubatan dan sebagainya.

    Manakala untuk dana kali ini pula, ia pada masa ini belum lagi dikategorikan dan sebagainya, tapi apabila ia sudah selesai dilaksanakan nanti dana akan dihadapkan ke pihak audit seperti dana pertama sebelum ini.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan perbelanjaan COVID sejak tahun 2020 sehingga sekarang telah mencapai lebih kurang $200 juta untuk membeli peralatan perubatan, vaksin dan sebagainya.

    “Bagi tahun yang akan datang, jelasnya, bajet diperuntukan sebanyak $124.5 juta tapi dilihat pada masa ini keperluan yang telah dibuat oleh kerajaan sudah mencapai $286 juta dan ia telah melebihi apa yang telah diperuntukkan”, jelasnya.

    Katanya lagi, “Jika dikira, apa yang sudah dibelanjakan dan ditambah dengan keperluan lain, ia telah lebih kurang $480 juta dan belum lagi merangkumi kos yang lain, termasuk bagi menolong penuntut, pemberi elaun, catuan makanan kepada orang ramai dan lainnya lagi.”

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mengongsikan jumlah terkini bagi Tabung Dana COVID-19 pada sidang media kelmarin.- Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...