Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tabung Global kumpul AS$14.25b basmi HIV, TB dan malaria

    NEW YORK, 22 SEPT – Tabung Global untuk Memerangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria mengumpul AS$14.25 bilion semalam pada persidangan penderma dipimpin Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, ketika kemajuan berdekad-dekad lamanya menentang penyakit tersebut telah dihambat oleh COVID.

    Ia merupakan jumlah tertinggi pernah dijanjikan untuk pertubuhan kesihatan – namun kurang daripada matlamat AS$18 juta selepas United Kingdom dan Itali berkata pengumuman mereka akan keluar kemudian.

    Tabung Global ditubuhkan pada 2022, mengumpul bersama kerajaan, agensi berbilang pihak, kumpulan persatuan awam dan juga sektor swasta.

    “Apa yang berlaku hari ini sebenarnya merupakan penggemblengan sumber yang besar untuk kesihatan dunia,” kata pengarah eksekutif Tabung Global Peter Sands, menambah beliau menjangka Britain dan Itali membuat komitmen mereka tidak lama lagi.

    Di antara negara yang terlibat, AS menjanjikan jumlah tertinggi, AS$6 bilion, diikuti Perancis dengan 1.6 bilion euro, 1.3 bilion euro oleh Jerman, AS$1.08 bilion oleh Jepun, $1.21 bilion dolar oleh Kanada dan 715 juta euro oleh Kesatuan Eropah.

    Sementara itu, Yayasan Gates menyumbang AS$915 juta.

    Matlamat AS$18 bilion adalah berdasarkan kepada usaha untuk kembali ke landasan betul bertujuan menghapuskan AIDS, TB dan malaria pada 2030 dan menyelamatkan 20 juta nyawa dalam tempoh tiga tahun akan datang.

    Matlamatnya adalah mencapai 30 peratus lebih daripada jumlah yang dikumpul semasa persidangan keenam dan yang terbaharu, dianjur oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron pada 2019, yang mengumpul AS$14 bilion. – AFP

    Duta dan aktivis AIDS Connie Mudenda dan anak perempuan Lubona Manasseh bercakap pada Persidangan Tabung Global di Bandar New York pada 21 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...