Tabung ‘Iftar untuk Gaza’ dilancarkan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Sekolah Cahaya Bina Insan melalui Unit Tarbiyyah, pada 1 Ramadan lalu, telah melancarkan program kutipan tabung ‘Iftar untuk Gaza’ yang disertai pelajar dan tenaga pengajar.

Program sehingga 15 Ramadan itu menggalakkan warga sekolah menabung sekurang-kurangnya $1 sehari yang bertujuan mengutip sumbangan untuk bantuan makanan berbuka puasa, khusus buat masyarakat Gaza. Melalui program itu, sejumlah $1,692.47 telah berjaya dikumpulkan dan diserahkan pengetua sekolah, Dayang Ayu kepada wakil WeCare, Dayang Waznah binti Ghazali.

WeCare merupakan pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang menggerakkan kempen bagi mengumpulkan sumbangan untuk disalurkan kepada Misi Bantuan Kemanusiaan.

Sumbangan Iftar untuk Gaza diserahkan Dayang Ayu (kanan) kepada Dayang Waznah.