Tadarus Al-Quran eratkan silaturahim

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Seramai 76 orang ahli jawatankuasa takmir dan Muslimah serta belia dan beliawanis Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri telah memulakan Tadarus Al-Quran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

Majlis perasmian tadarus itu berlangsung di masjid berkenaan dan dihadiri oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Antara objektif acara adalah untuk menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan ilmu keagamaan yang betul selain membentuk jati diri para peserta dengan suka membaca dan mendalami ilmu kemahiran Al-Quran yang akan diberikan panduan, berlandaskan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, Mazhab Imam Syafie, yang beriman dan bertakwa dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir berwawasan 2035.

Ia juga dihasratkan dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan para peserta.

Haji Amir Hisham semasa menghadiri acara tadarus Al-Quran yang berlangsung di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri baru-baru ini.
Antara yang hadir pada acara tersebut.